Links

INTRO...

Thursday, April 22, 2010

Rahsia Kejayaan...


HORMAT PADA GURU

Kalau saya ditanya apa perbezaan paling ketara antara pelajar cemerlang dengan pelajar kurang cemerlang, saya akan katakan "Hormat kepada Guru".

Saya telah banyak mengendalikan program disekolah, kolej dan universiti. Malah saya sendiri ada mengajar di Pusat Tuisyen saya sendiri. Apa yang saya lihat, pelajar cemerlang sangat menghormati guru mereka. Perkara paling mudah untuk menunjukkan rasa hormat kepada guru ialah dengan mendengar dengan teliti semasa guru bercakap. Fokuskan tumpuan anda kepada apa yang guru sedang katakan.

Walaupun kadangkala anda tidak faham apa yang guru anda katakan, bersabar dan teruskan dengar dengan teliti. kemudian, tanya guru anda apa yang anda masih kurang faham. Adakalanya guru tidak melayan soalan anda kerana mengejar masa untuk menghabiskan sukatan pelajaran. Jadi, anda tanya guru anda di luar waktu kelas. Guru selalunya akan merasakan anda amat bersungguh-sungguh dalam pelajaran jika anda bertanya tentang pelajaran di luar waktu kelas. Jadi, mereka akan lebih mesra melayan soalan anda.

Jika anda masih kurang jelas mengapa hormat kepada guru itu penting, bayangkan anda hendak mengajar dua adik atau adik saudara atau sesiapa yang lebih muda daripada anda. Adik yang pertama sentiasa mendengar penerangan anda dengan teliti. Dia fokuskan perhatian kepada anda dan bercakap dengan anda dengan nada yang sopan.

Adik kedua pula tidak pernah fokus kepada anda. Kadangkala bila anda menerangkan sesuatu kepadanya, dia akan lihat ke arah lain, bermain dengan pensel, atau sibuk makan gula-gula. Kemudian, dia bising bila tak faham cara anda mengajar. Dia juga kadangkala bercakap kasar dan memberikan komen yang menyakitkan hati.

Soalan saya, adik yang manakah akan anda ajar dengan bersungguh-sungguh? Senang untuk menjawab soalan ini bukan? Jadi, jika pelajar yang tidak fokus, biadap dan suka membuat bising di dalam kelas tidak dipedulikan oleh guru, adakah itu pelik? Fikirkan.....

Monday, April 19, 2010


Ketibaan pengantin dengan senyuman,...hahaha






Sekitar majlis makan berdamai...






Antara-antara snapshot selepas bersanding...










Sunday, April 18, 2010

Alhamdulilah...majlis akad nikah telah selesai dengan selamatnyerrr....syukur,aku telah bergelar seorang suami pada hari ini...






Majlis pembatalan air sembahyang selepas akad nikah selesai...







Wednesday, April 14, 2010

Marilah kita mengamalkan zikir harian ini,,,insyallah banyak kebaikannyerr...

Monday, April 12, 2010

Pada 21 / 03 / 2009, Adalah antara hari bahagia dalam hidup aku,kerana pada hari tersebut,
Aku telah bertunang dengan gadis pilihan hatiku, yessss......



snapshoot tunagku dengan barang hantaran...



Saat Ibuku menyarung cincin yang bermakna ke jari manis...bakal menantu...

Ini gambar Along & Abg Zam...

Bergambar dengan Mak...

Bergambar dengan Adik...

Bergambar dengan My Sister...

Tunang aku posing dengan barang hantaran...



Para tetamu dan ahli keluarga menjamu salera selepas majlis pertunangan...



Keberangkatan pulang semua ahli keluarga dan sanak saudara setelah selamatnyer majlis pertunanagan...